Haiwan dan objek seruan
Teknik Seruan (口寄せの術, Kuchiyose no Jutsu?) merupakan teknik dalam klasifikasi Ninjutsu Ruang-waktu yang mana ianya membenarkan pengguna untuk menyeru atau memindahkan haiwan atau sebarang objek merentasi jarak yang jauh dalam sekelip mata.
Penggunaan
Hanya terdapat satu cara untuk melaksanakan jutsu ini iaitu dengan melakukan ikatan tangan dan darah. Bagaimanapun, sebelum seseorang ninja yang layak itu boleh menggunakan teknik ini, mereka perlu melakukan ikatan perjanjian atau kontrak dengan spesis tersebut. Perjanjian tersebut boleh datang dalam bentuk tulisan pada skrol atau cacah pada lengan yang dilukis menggunakan darah pengguna itu sendiri. Sesudah mengadakan perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan seruan itu, ia akan kekal biar pun penggunanya sudah mati. Hanya selepas itu barulah penggunanya boleh menyeru haiwan tersebut dengan melakukan tanda ikatan tangan dan mendermakan sedikit darah (selalunya diperolehi dengan menggigit ibu jari sendiri) dan menggunakan tangan yang sama digunakan ketika membuat perjanjian dengan haiwan yang diseru. Jumlah chakura yang digunakan ketika melancarkan teknik ini akan menentukan berapa besarkah haiwan yang bakal diseru. Di dalam siri anime, telah ditunjukan bahawa sekiranya seseorang itu cuba menyeru haiwan seruan tanpa mengadakan ikatan perjanjian terlebih dahulu, maka pengguna tersebut akan "diterbangkan" ke kediaman asal haiwan seruan yang berkaitan.
Cara lain yang boleh digunakan untuk melakukan seruan adalah dengan menggunakan skrol tanpa perlu melakukan tanda ikatan tangan terlebih dahulu. Dalam kes ini, ikatan tangan tidak diperlukan dan chakura juga kadangkala tidak diperlukan. Dengan menggunakan kaedah ini, penggunanya boleh menyeru sebarang haiwan meskipun mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan itu.
Pengunaan Khas
Kebanyakan pengguna dilihat hanya mampu melakukan hanya satu sahaja bentuk seruan haiwan atau objek. Namun begitu, terdapat sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh Pain (melalui pengunaan tubuh Chikushōdō) di mana dia boleh melakukan beberapa seruan spesis haiwan atau manusia dalam sesuatu masa. Pain tidak perlu mengunakan darah ketika melakukan teknik tersebut. Sasuke Uchiha juga pernah melakukan seruan kepada lebih daripada satu jenis haiwan iaitu ular dan helang; namun begitu ianya dilakukan pada selang masa yang berbeza (setelah kematian Manda). Kebolehan untuk melakukan seruan boleh dibatalkan dengan melancarkan Teknik Ikatan Jampi.
Senarai Seruan
Kodok
Seruan: Uzumaki Naruto, Jiraiya dan Minato Namikaze
Jenis: Kodok seruan
Senarai seruan: Gamabunta, Gamaken, Gamakichi, Gamatatsu, Pendeta dok, Shima dan Fukasaku, Gamahiro, Gerotora (Key Toad), Kosuke (mati), Gamariki (anime sahaja)
Ular
Seruan: Uchiha Sasuke, Orochimaru, Kabuto dan Anko
Jenis: Ular seruan
Senarai seruan: Kyodaija, Manda (mati), ular gergasi Anko (tidak bernama)
Lintah
Seruan:: Tsunade, Haruno Sakura (dalam Naruto: Path of the Ninja 2 sahaja)
Jenis: Lintah seruan
Senarai seruan: Katsuyu
Anjing
Seruan: Hatake Kakashi
Jenis: Anjing nin (Ninken)
Senarai seruan: Pakkun, Bull, Bisuke, Shiba, Akino, Urushi, Usei, Guruko
Seruan oleh Pain
Seruan: Pain
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Krustasia gergasi, Burung gergasi berparuh gerudi, Anjing gergasi berkepala banyak, Panda gergasi, Sesumpah berekor ular gergasi, Lembu gergasi, Lipan gergasi, Badak gergasi
Lain-lain seruan
Seruan: Tayuya
Jenis: Makhluk seruan
Senarai seruan: Doki
Seruan: Orochimaru, Sakon & Ukon
Jenis: Objek seruan
Senarai seruan: Pintu Rashomon
Seruan: Orochimaru (dimusnahkan oleh Naruto)
Jenis: Objek seruan
Senarai seruan: Pintu Rashomon bertiga
Seruan: Tenten (kebiasaanya), Sasuke
Jenis: Senjata seruan
Senarai seruan: Pelbagai senjata ninja
Seruan: Kotetsu
Jenis: Senjata seruan
Senarai seruan: Belantan berupa cangkerang
Seruan: Amachi
Jenis:
Senarai seruan: Umibozu (mati)
Seruan: Ruiga (anime)
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Sekumpulan pirana, Jerung
Seruan: Kidomaru
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Kyodaigumo
Seruan: Might Guy
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Ninkame
Seruan: Hokage Ketiga
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Enma
Seruan: Suku Kamizuru (anime)
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Larva lebah, lebah gergasi (mati)
Seruan: Temari
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Kamatari
Seruan: Hanzo
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Salamander
Seruan: Genno
Jenis: Haiwan seruan
Senarai seruan: Burung gergasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan